10 perkara tentang zakar yang anda perlu tahu – Kepoh Kuat

Posted on

Jika anda seorang lelaki, anda tentu ada zakar sekurang-kurangnya satu. Tentu semua lelaki rasa dia memag dah tahu dan kenal sangat pasal zakar yang dia miliki. Saya juga rasa macam itu sebelum ini. Tapi bila tergerak nak membaca beberapa maklumat pasal zakar, baru perasan rupa-rupanya banyaik perkara yang selama ini saya tak tahu.

Sebagai seorang lelaki, kita perlu ambil berat pasal zakar yang kita ada. Ia adalah alat penting untuk melanjutkan keturunan kita di atas muka bumi ini. Mungkin ada yang akan tuduh orang lelaki ni, tak ada benda lain nak bincang selain dari bab persetubuhan. Apa orang nak kata biarkan lah saja. Itu pendapat mereka. Tapi hakikatnya zakar amat penting untuk lelaki dan kita perlu ambil tahu pasal kesejahteraan zakar kita dan juga menjaga keinginan perasaan bersetubuh kita untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Berikut adalah 10 fakta berkenaan zakar yang seorang lelaki perlu tahu,

1. Zakar bukan otot Mungkin ini fakta penting yang ramai masih salah sangka. Zakar yang bergantung dicelah kaki anda bukanlah sejenis otot sebagaimana otot pada tangan atau kaki anda. Dan sudah tentu juga tak ada tulang dalam batang zakar anda itu. Zakat terdiri daripada himpunan tisu-tisu yang berliang atau berongga (porous). Tisu-tisu yang berongga itu akan dipenuhi dengan darah untuk membuatkan ianya menjadi keras, membesar dan tegang. Oleh kerana zakar bukan otot, anda sudah tentu tak boleh berlatih angkat berat untuk membesarkan otot tersebut macam otot tangan. Tapi ambil perhatian, zakar anda boleh tercedera jika cuba dipatahkan ketika ia tegang. Walaupun ianya bukan tulang, jangan ingat tisu-tisu tersebut tak boleh terpatah atau tercedera.

2. Melancap tidak melemahkan zakar Ada banyak kepercayaan yang disebarkan oleh entah pakar dari mana tentang amalan melancap ini. Kononnya orang yang melancap akan menjadi kelabu mata mereka. Ada juga khabaran bahawa orang yang melancap akan membuatkan zakar mereka menjadi lembek dan lemah. Ada juga sebara kononnya orang yang kerap melancap akan menjadi gila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *