“Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat” – Datuk Seri Bung Mokhtar – Kepoh Kuat

Posted on

Umum mengetahui,  Zizie Ezette merupakan isteri kepada  Datuk Seri Bung Mokhtar, ahli politik dari Sabah.

Kini nama Zizie Ezette meningkat naik apabila membuat comeback di dalam drama Hero Seorang Cinderella yang sedang ditayangkan di Astro.

Drama Hero Seorang Cinderella sedang meletup-letup ratingnya apatah lagi dengan gandingan mantap Fazura dan juga Fattah Amin.

Zizie Ezette  telah berlakon sebagai watak antagonis, atau watak jahat bernama Puan Sri Mawar yang merupakan ibu tiri kepada Fazura.

Oleh kerana watak jahatnya amat menjadi, suaminya telah memberi respon yang agak melucukan dengan mengatakn supaya Zizie Ezette jangan jadi jahat sangat.

Menurut Zizie, suaminya seperti tidak percaya kenapa dia boleh menjadi ‘sejahat’ itu dalam drama.

Ini komen dari Zizie Ezette : (Utusan)

“Setiap hari saya akan menghantar mesej pada suami bercerita mengenai penggambaran drama ini dan setiap hari jugalah dia akan cakap “jangan jahat sangat bah”. Rupa-rupanya suami saya sendiri terkejut dengan lakonan saya.

“Apa-apapun dia adalah suami yang sangat penyayang dan selalu memberi sokongan tidak berbelah bagi pada saya,”

Sememangnya hubungan Zizie Ezette dan suaminya amat mesra dan sweet sekali.

Drama Hero Seorang Cinderella kini hangat ditayangkan di Astro. JOm ramai-ramai tengok!

Sumber : beritamemey.blogspot.my

kepohkuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *