Zul Ariffin Sah Putus Cinta Dengan Zahirah Macwilson ? – Kepoh Kuat

Posted on

Sebelum ini, kami di Hangat.com ada menyiarkan kisah mengenai hubungan Zul Ariffin dan kekasihnya, Zahirah Macwilsonyang dikatakan retak kerana Zul menganggap Zahirah terlalu mengikut perasaan sehingga tidak menghubunginya hampir 3 minggu lamanya.

Zul Rela Putuskan Hubungan

Terkini menerusi sumber yang diperolehi dari BHOnline, Zul memberitahu beliau sedia menamatkan hubungan mereka di pertengahan jalan dek andai hubungan itu tidak direstui bapa Zahirah.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Zulsendiri selepas mendakwa bapa Zahirah,Zainol Macwilson, memuat naik kenyataan sinis mengenai Zul hingga ada pihak mendakwa hubungan mereka dingin dan merupakan punca Zul dan Zahirah sehingga kini tidak berkahwin. Malah difahamkan juga Zul jarang memuat naik gambar bersama, kerana ingin menjaga hati bapa Zahirah.

“Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan. Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri”

Zainol Macwilson Hanya Bergurau

Namun berlainan pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainol kerana beliau mengangga kenyataan yang dikeluarkan hanyalah gurauan semata – mata dan menafikan hubungan beliau dan Zulbermasalah. Tinjauan terkini kami mendapati Zul sekali lagi menyahaktifkan Instagram beliau. Kasihan pula kami lihat Zul yang terkena tempias kontroversi yang melibatkan Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah. Apa pun diharap pengakhirnya baik – baik sahaja.

Sumber : hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *